Tuesday, March 24, 2015

Sudut MBMMBI

Assalamualaikum

Ting ting ting!
Ada sesiapa di sini seorang setiausaha MBMMBI?
Kena siapkan fail? (ataupun sediakan apa yang patut dalam fail.. yang lagi haru kalau fail kosong takde isi ye eh ada ke? Kalau ada kena bekerja keras sedikit  lah ye huhu)
Kena siapkan satu sudut MBMMBI dalam sekolah?
Buntu tak tau apa nak dibuat? Apa nak ditampal?

Marilah berkongsi kebuntuan. hehehehe.
Aku pun tak tau juga pada mulanya, nak tampal apa kat situ.
Dapat arahan dari cikgu media, aku kena siapkan sudut MBMMBI. Kata beliau kalau dah tak tau sangat nak letak apa, boleh je print out isi dalam CD BM atau BM yang PKG bekalkan di sekolah. Kemudian tampal. Erk, aku rasa kalau camtu, pening pulak nak pilih yang mana. (malas nak browse isi CD satu-satu pun ye..huhu)

Memandangkan tak ada guideline pun kan, apa yang sepatutnya ditampal, maka aku ikut sukati aku lah ye. Ikut logik dan kesenangan aku. Kalau katakan nanti ada yang sudi menegur, aku akan perbaiki.

Jadi, atas sebuah papan kenyataan yang dah sedia berlubang-lubang dek tangan-tangan gatal itu, aku letakkan:
-carta organisasi MBMMBI
-dasar MBMMBI
-pantun 4 kerat, versi BM dan BI (yang ini aku ambil dari laman web ni, http://pssannurskse.blogspot.com)
-muka depan, cover CD BM dan BI yang dibekalkan oleh pihak PKG
-sedikit hiasan.
***Boleh consider untuk letak gambar aktiviti-aktiviti yang berkaitan di situ,


Masih banyak yang rongak ni.. Tak tau nak letak apa. Aku ingat, nak lah letak sesuatu yang boleh bantu budak-budak. Bila diorang lalu, diorang boleh baca, sekali imbas pun jadiklah kan. Yang penting, boleh belajar sesuatu. Mungkin simpulan bahasa atau peribahasa (berserta maksud)..

Yang pasti,saat aku menaip entri ni, hiasan bunga-bunga dan kumbang tu aku cabut semula.. Sebab asyik jatuh ke lantai je & yang membuatkan aku bertambah hangin ialah ada tangan gatal yang usik dan rosakkan bunga-bungaan tersebut.. Pftt. Ini adalah antara decoration paling leceh aku pernah cuba buat.. Dah print.. gunting ikut bentuk, susun dalam plastik laminate, lepas tu gunting sekali lagi ikut bentuk.. Sangatlah menguji kesabaran ok.. Tapi sebab aku dah mulakan maka aku tabahkan juga, takkan nak berhenti separuh jalan..
Kenapa aku gigih nak hias? Sebab buruk kebeno rupa papan kenyataan yang aku dapat. Maka aku cuba serikan dengan hiasan berwarna warni.. Tapi akhirnya.. arghh malas nak fikir. Nasiblah aku tak nampak tuan punya tangan yang kemekkan bunga-bunga tu.

No comments:

Post a Comment